Jumat, 27 Januari 2012

Keajaiban2 menyertai malam Kelahiran Rasulullah saw




Dari Anas bin Malik radhiyalloohu 'anhu, dia berkata : " Rasulullah SAW bersabda : " Tidaklah beriman seseorang hingga aku lebih dicintai daripada anaknya, orang tuanya, dan seluruh manusia." (HR. Bukhori : 15 dan Muslim : 44 )

Kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah Al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.Kelahiran baginda mjd seribu satu tanda bahwa baginda akan mjd utusan terakhir dlm menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dlm sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bkn saja dilihat dlm konteks sebelum kelahirannya tetapi dlm konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yg normal dan hanya diberikan kpd calon nabi. Irhas dikategorikan kpd tiga:

1. Irhas yg dinyatakan di dlm kitab yg tdk boleh diubah atau dipindah.
2. Alamat-alamat kerasulan yg dibuktikan melalui perkabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.
3. Kejadian luar biasa yg berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad SAW

Sehubungan itu masih banyak masyarakat Islam yg sebenarnya tdk mengetahui peristiwa di balik kelahiran baginda. Ini karena masih banyak lagi rahsia yg belum tersingkap. Sebenarnya banyak keajaiban yg berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Semasa Rasulullah SAW berada di dlm kandungan bundanya, Aminah, beliau tdk merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yg hamil. Kehamilannya disadari melalui kabar malaikat yg datang kpdnya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahwa beliau telah mengandung seorang Nabi dan Penghulu kpd seluruh umat manusia. Selain itu kehamilannya ditandai dgn haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Ketika Nur Muhammad masuk ke dlm rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahukan semua penghuni langit dan bumi. Tanah-tanah di sekitar kawasan tersebut yg kering mjd subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga hewan-hewan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Peperangan tentara bergajah yg disebut di dlm Al-Quran surah Al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dgn menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan mundur dgn izin Allah. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yg disebut di dlm Al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dlm kitab-kitab sejarah.

Aminah turut mengalami mimpi yg menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yg terapung di angkasa. Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata `Kabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu mjd penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad. Semasa kelahiran Nabi Muhammad SAW, Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dlm hal ini ia merupakan satu isyarat bahwa Nabi Muhammad SAW lebih tinggi darajatnya daripada Nabi Isa AS dan Musa AS.

Keadaan ini diterangkan dlm kitab Taurat dan Injil bahwa akan datang seorang nabi pada akhir zaman. Semasa baginda dilahirkan, bundanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat. Ada juga yg berpendapat bahwa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yg paling awal yg menyatakan bahwa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dlm keadaan terbaring dgn dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yg sedang berdoa. Kemudian bundanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yg akan menghapuskan segala perkara syirik''. Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dlm keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yg terdapat di situ mengalami kerusakan dan kemusnahan.Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Ka'bah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kpd Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Ka'bah berkata, ``Telah lahir Nabi pilihan yg akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan yg Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yg lain pula satu goncangan berlaku di Istana Kisra dan menyebabkan Istana tersebut retak, manakala 14 tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda - tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yg tdk pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dgn sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yg dianggap sebagai Tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dlm waktu yg sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yg dianggap suci tenggelam ke dlm tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang/bintang jatuh mjd kerap sekali terjadi sebagai tanda bahwa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Dlm riwayat yg sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya yaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yg banyak. Selain itu, Nabi tdk pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tumpukan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia 4 tahun, sedang baginda bermain-main dgn saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda yaitu malaikat Jibril dan Mikail.Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yg meriwayatkan bahwa gumpalan darah itu dicuci di dlm bejana emas dgn air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. hal ini jelas diterangkan dlm Surah Insyirah ayat 1 : "Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?"

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad SAW mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini karena baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi. Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kpd kita kemuliaan baginda di sisi Allah SWT, sekaligus sebagai bukti kerasulannya. Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dlm kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yg terakhir..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar